Monday, April 25, 2011
Akhirnya saya dan beberapa rakan terpengaruh jua dengan ajakan seorang teman sekerja untuk bercuti di kampung nya yang betul-betul terletak di persisiran pantai Pengkalan Balak. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam dan ketika tiba di sana (lebih kurang pukul 12 tengahari) suasananya sungguh nyaman dan indah sekali. Sangat berbeza ketika saya berkunjung 15 tahun yang lepas. Uniknya, ia merupakan sebuah kampung yang kemudian dibangunkan untuk perlancongan tetapi masih mengekalkan keindahan kampung yang aman damai dan permai.















Kami menikmati pemandang laut sambil menikmati makan tengahari di Gerai MPAG No 7 (Sri Langai) yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis dan mengadap laut. Gerai ini milik keluarga rakan yang mempelawa kami ke sini. Diantara menunya adalah masak asam pedas yang sememangnya terkenal di Melaka. Pedas tapi memang sedap. Sememangnya sepanjang 2 hari kami di sini, kami akan menjamu selera di sini.

Sempat juga menyambut birthday anak kembar Fazly dan Ayu.
Happy Birthday Hazeem dan Hakeem

Di sini kami menginap di Perahu Layar Beach Resort yang terletak di dalam Kompleks Perahu Layar Hang Jebat. Bilik penginapannya memang selesa dengan harga yang berpatutan (maaf-saya terlupa mengambil gambar bilik). Dari balkoni yang mengadap laut kita dapat melihat banyak perahu layar yang sungguh comel.
Tempat penginapan kami
Pemandangan dari balkoni bilik penginapan
Pada sebelah petang kami lepak-lepak di gerai sambil memerhatikan kanak-kanak mandi-manda. Lautnya yang cukup tenang tanpa ombak menjadikan ia cukup sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. 












Organizer dan isteri (Fazly & Ayu)
Organizer dan ibu (tauke kedai Gerai MPAG No.7

Saya juga sempat melihat seseorang sedang mencari umpun-umpun untuk dijadikan umpan pada kaki pancing.

Pada sebelah malam kami menjamu selera di gerai yang sama. Antara menunya adalah ikan bakar, satay, otak-otak, dan macam-macam lagi.

Esoknya, kami bersarapan, masih di gerai yang sama. Antara menunya ialah Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Canai, Lontong dan berbagai lagi. Tapi yang bestnya ialah Meehoon Soto dan Lempeng.


Pemandangan gerai dari tepi pantai
Singgahlah di gerai ni
















Sambil bersarapan, kanak-kanak pula meneruskan minat mereka untuk mandi-manda di harapan gerai.

Selain itu terdapat banyak chalet persendirian di sepanjang pantai yang menawarkan bilik pada harga berpatutan.

Kami meninggalkan Pengkalan Balak dengan pelbagai keindahan yang menarik. Terima kasih kepada Fazly dan Ayu serta keluarga yang melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana.  Kepada yang belum mengunjungi pantai ini, apa lagi....rancanglah percutian anda, pasti berpuashati!



Like sueviva

0 comments:

My Homemade Chocolate

Followers

My Iklan

iklan percuma di sini