Monday, February 28, 2011
Sunday, February 20, 2011
Pengenalan
Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.


Objektif Program
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Mengurangkan masalah sosial belia
  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan

Syarat Kelayakan
  • Warganegara MALAYSIA
  • Boleh membaca dan menulis
  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon

Perlaksanaan
  • Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:
  • Masa 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)

Bayaran
  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)
 Berikut adalah Jadual Program Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti Selayang untuk bulan Mar dan Apr 2011
Sumber :
http://www.jpkk.edu.my
http://www.kkselayang.edu.my

Friday, February 18, 2011


Backlink membantu laman web atau blog anda mendapat trafik yang tinggi. Apa yang perlu anda lakukan di sini adalah menyalin kod html dan paste kan di laman web atau blog anda.  

Untuk melihat backlink anda, anda boleh klik link imej dari laman web atau blog anda dan website anda telah selesai serta akan memaparkan dalam rujukan terkini. Jika ada pengunjung klik banner ini dari website atau blog, backlink URL anda akan tercipta secara automatik dalam website ini
Untuk lebih banyak backlink sila rujuk di side menu sebelah kanan.
Thursday, February 17, 2011







Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  • Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
  • Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
  • Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
  • Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
  • Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. 
  • Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
  • Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Wednesday, February 16, 2011
1.    Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3.    Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.    Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.    Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.    Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Friday, February 11, 2011
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dipetik daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Sunday, February 6, 2011
 


Hari ni rasanya saya nak berkongsi cara menyediakan homemade mee kuning.Kelebihan bila kita menyediakan sendiri mee kuning ni tiada bahan pengawet dan rasanya juga sungguh enak tanpa rasa ubat/pahit.






Oklah, berikut adalah bahan-bahannya :
  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil air abu soda
  • Satu sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 2 cawan air
  • Pewarna kuning
Hmm…mudah aje kan bahan-bahan nya?

Ok, cara-caranya pula :

  • Masukkan tepung gandum, tepung ubi, garam dalam bekas.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk. Pukul sedikit telur tersebut.
  • Campurkan air abu soda dan 2 cawan air dalam mangkuk telur tadi.
  • Gaul tepung supaya sebati. Kemudian masukkan campuran telur, air abu soda dan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
  • Kemudian gumpal kan supaya menjadi doh yang lebih kecil (biasanya dapat 10 biji)
  • Gunakan mesin mee maker untuk membentuk kepingan nipis dan bentuk mee.
  • Rebus mee di dalam air mendidih yang telah dicampur dengan pewarna kuning.
Selamat mencuba!


Like sueviva
Wednesday, February 2, 2011




Saya terpanggil untuk berkongsi  tentang krisis di Mesir. Berikut adalah kronologi yang  saya rujuk dari laman web huffingtonpost :










Untuk mengetahui keadaan pelajar Malaysia di Mesir, anda juga boleh melayari blog ini krisismesirnasibrakyatkita.

Blog ini dibangunkan oleh pelajar Universiti Mansoura yang telah selamat pulang ke Malaysia. Terdapat maklumat terkini mengenai keadaan di sana.

Anda juga boleh ‘like’ di facebook Selamatkan Pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Marilah kita sama-sama berdoa agar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir selamat. Amin.

My Homemade Chocolate

Followers

My Iklan

iklan percuma di sini