Monday, April 25, 2011
Akhirnya saya dan beberapa rakan terpengaruh jua dengan ajakan seorang teman sekerja untuk bercuti di kampung nya yang betul-betul terletak di persisiran pantai Pengkalan Balak. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam dan ketika tiba di sana (lebih kurang pukul 12 tengahari) suasananya sungguh nyaman dan indah sekali. Sangat berbeza ketika saya berkunjung 15 tahun yang lepas. Uniknya, ia merupakan sebuah kampung yang kemudian dibangunkan untuk perlancongan tetapi masih mengekalkan keindahan kampung yang aman damai dan permai.















Kami menikmati pemandang laut sambil menikmati makan tengahari di Gerai MPAG No 7 (Sri Langai) yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis dan mengadap laut. Gerai ini milik keluarga rakan yang mempelawa kami ke sini. Diantara menunya adalah masak asam pedas yang sememangnya terkenal di Melaka. Pedas tapi memang sedap. Sememangnya sepanjang 2 hari kami di sini, kami akan menjamu selera di sini.

Sempat juga menyambut birthday anak kembar Fazly dan Ayu.
Happy Birthday Hazeem dan Hakeem

Di sini kami menginap di Perahu Layar Beach Resort yang terletak di dalam Kompleks Perahu Layar Hang Jebat. Bilik penginapannya memang selesa dengan harga yang berpatutan (maaf-saya terlupa mengambil gambar bilik). Dari balkoni yang mengadap laut kita dapat melihat banyak perahu layar yang sungguh comel.
Tempat penginapan kami
Pemandangan dari balkoni bilik penginapan
Pada sebelah petang kami lepak-lepak di gerai sambil memerhatikan kanak-kanak mandi-manda. Lautnya yang cukup tenang tanpa ombak menjadikan ia cukup sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. 












Organizer dan isteri (Fazly & Ayu)
Organizer dan ibu (tauke kedai Gerai MPAG No.7

Saya juga sempat melihat seseorang sedang mencari umpun-umpun untuk dijadikan umpan pada kaki pancing.

Pada sebelah malam kami menjamu selera di gerai yang sama. Antara menunya adalah ikan bakar, satay, otak-otak, dan macam-macam lagi.

Esoknya, kami bersarapan, masih di gerai yang sama. Antara menunya ialah Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Canai, Lontong dan berbagai lagi. Tapi yang bestnya ialah Meehoon Soto dan Lempeng.


Pemandangan gerai dari tepi pantai
Singgahlah di gerai ni
















Sambil bersarapan, kanak-kanak pula meneruskan minat mereka untuk mandi-manda di harapan gerai.

Selain itu terdapat banyak chalet persendirian di sepanjang pantai yang menawarkan bilik pada harga berpatutan.

Kami meninggalkan Pengkalan Balak dengan pelbagai keindahan yang menarik. Terima kasih kepada Fazly dan Ayu serta keluarga yang melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana.  Kepada yang belum mengunjungi pantai ini, apa lagi....rancanglah percutian anda, pasti berpuashati!



Like sueviva
Saturday, April 23, 2011



Saya suka buat kek tapi kurang suka makan kek. Kali ni saya nak kongsi resepi kek coklat kukus lak...













Bahan-bahannya :


Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan marjerin
1 cawan gula pasir
1 cawan susu segar
1 cawan susu pekat 
Panaskan semua bahan-bahan ni menggunakan api kecil sehingga gula larut dan biarkan sejuk sedikit



Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil soda bikarbonat
(Semua bahan ni diayak) - sekiranya gunakan tepung naik sendiri tak perlu letakkan serbuk penaik dan soda bikarbonat

3 biji telur


Cara-caranya :
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan semua bahan A dan pukul lagi hingga sebati
Akhir sekali masukkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Gaul dan pukul sebentar hingga sebati
Masukkan dalam bekas dan kukuslah selama 45 minit.


Sangat mudah dan simple kan...tapi sedap. Ada yang suka letak topping atas kek coklat ni. 
Bahan-bahannya :
Satu cawan susu pekat
100gm butter
2 sudu besar serbuk koko
Panaskan semua bahan ini diatas api. Apabila semua sudah sebati tuangkan diatas kek coklat yang telah disejukkan.


Selamat mencuba!



Like sueviva
Tuesday, April 19, 2011


Kali ni saya nak berkongsi resepi sup cendawan pula. Memang sedap dan sama rasanya dengan yang kita beli kat kedai tu....








Bahan-bahannya :
  • 1 biji bawang besar
  • 100gm mentega
  • 1 tin cendawan butang (boleh juga gunakan cendawan butang segar)
  • 200gm isi ayam













  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam / lada sulah (atau mengikut rasa)
  • 2 liter air rebusan ayam (kalau tak ada air rebusan ayam boleh larutkan 1 biji  kiub pati ayam)
  • 1 cawan susu segar
  • Garam secukup rasa


Cara-caranya :
  • Bawang besar, cendawan butang dan isi ayam dicincang halus
  • Panaskan periuk. Tumiskan bawang, cendawan dan isi ayam menggunakan mentega
  • Masukkan lada hitam / lada sulah
  • Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati dengan bahan-bahan tumisan yang lain
  • Masukkan air rebusan ayam tadi
  • Masukkan garam dan renihkan hingga mendapat kepekatan yang anda inginkan
  • Akhir sekali masukkan susu segar dan renihkan sebentar.


Sekarang bolehlah anda hidangkan sup dengan roti garlic. Lazatnya....


(sup cendawan ni juga sesuai dijadikan sos pasta cabonara)


Selamat mencuba...!



Like sueviva
Sunday, April 17, 2011

Ayam panggang ni sangat enak dan mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam (boleh dipotong-potong sekiranya suka)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Satu sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 100gm butter (dipotong dadu)
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil daun Tyme dan Rosemarry (kalau tak de pun takpe)
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji carot
  • 1 paket kacang peas (optional)
  • Garam
    Cara-caranya :
    • Kisar bawang besar dan bawang putih. Campurkan dengan lada hitam, daun tyme, rosemary, butter, garam, butter dan minyak. Gaul hingga sebati.



















    • Masukkan ayam, kentang, carot dan kacang peas. Perapkan selama 10 minit.



















    • Masukkan ayam  ke dalam dulang pembakar.
    • Bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 230-250 darjah celcius (bergantung kepada oven anda)
    • Selepas 30 minit masukkan , kentang, carot dan kacang peas serta lebihan bahan perapan.
    • Bakar semula selama 30 minit atau sehingga masak dan kekuningan
    Hidangkan bersama nasi. Sangat menyelerakan...


    Like sueviva

    Hari ni jom kita buat Puding Caramel. Sungguh mudah dan simple.

    Bahan-bahannya :

    • 15 biji telur
    • 1 tin susu pekat manis
    • 1 1/2 tin air (gunakan tin susu)
    • 1 sudu esen vanilla
    • 10 sudu besar gula pasir (untuk dibuat gula hangus)


      Cara-caranya :
        Hanguskan gula hingga cair dan bertukar menjadi perang (jangan letak air










        • Pukul telur hingga kembang dan berwarna putih




















        • Masukkan esen vanilla, susu dan air
        • Pukul lagi hingga sebati
        • Tuangkan ke dalam loyang yang telah diletakkan gula perang tadi.
        • Kukus selama 40 minit.
        • Bila sudah sejuk terbalikkan loyang.


        Dah siap...mudah kan!



        Like sueviva
        Friday, April 8, 2011
        Minggu lepas saya ada menerima email mengenai telur tiruan dari China dan juga cara pembuatannya tapi lepas baca saya ignore kan aje...tapi bila isu ni keluar dalam berita saya mencari-cari semula email tersebut. Tak sangka pula telur tiruan ni dah sampai ke Malaysia. Harap-harap isu ni cepat diatasi. Bahaya untuk kesihatan. Saya kongsikan email yang saya terima tu di sini.

        Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:
        telur1 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
        • Glucolactone
        • Asid Benzoic
        • Kalsium Klorida
        • Selulosa
        • Alum
        • Asid Amino
        • Pewarna Makanan
        • Sodium alginate
        • Gelatin
        telur2 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
        1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
        2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur
        3: Acuan untuk
        4: Acuan untuk kuning telur

        Step 1
        telur3 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
        Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.

        Step 2
        telur4 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
        Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.

        Step 3
        telur5 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
        Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.
        telur6 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China

        Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pun lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.
        telur7 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China
        telur8 Awas! Telur Ayam Tiruan Dari China

        Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patutlah  iap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.




        Like sueviva
        Sunday, April 3, 2011

        Kali ni saya nak share satu website http://lot.my/.
        Lot.my adalah satu aplikasi yang membolehkan para usahawan membuka kedai online lengkap secara percuma, mudah dan berkesan. 

        Lot.my dibangunkan supaya mudah digunakan walaupun oleh pengguna yang tiada kemahiran IT yang tinggi. Untuk memulakan kedai online, usahawan hanya perlu daftar, pilih rekabentuk kedai dan iklankan produk.
         
        Bebas
        Dengan Tema-Tema yang disediakan, usahawan boleh menukar paparan kedai online dengan mudah, Setiap modul juga boleh disembunyikan atau dipaparkan mengikut ciatarasa pemilik kedai Lot.my.
        Cantik
        Beratus-ratus Latar Belakang yang cantik disediakan. Usahawan hanya perlu membuat pilihan yang sesuai, mengikut kesesuaian untuk dipadankan dengan tema kedai dan produk. Usahawan juga boleh memasukkan logo atau banner sendiri.

        Pantas
        Tiada pembelian domain, konfigurasi server, muatturun perisian, atau apa jua keperluan kompleks lain untuk menggunakan Lot.my. Lot.my dihostkan berasaskan web dan pendaftaran boleh dibuat dalam 5 minit sahaja di lot.my.
        Percuma
        Tidak perlu risau tentang kos yang tinggi, kerana Lot.my adalah percuma. Tanpa membayar 1 sen pun, usahawan boleh membuka kedai online sendiri dan mula menjual dengan serta merta. Jika inginkan ciri-ciri tambahan, hanya caj minimal akan dikenakan (RM40/sebulan).

        Selamat
        Setiap pemilik kedai akan mempunyai ruang operasi yang selamat. Hanya pemilik kedai yang boleh mengakses ruang operasi kedainya sendiri. Lot.my dibantu oleh sistem sekuriti yang tinggi dan sistem pembayaran yang selamat.
        Bantuan Sokongan
        Lot.my sangat mudah digunakan. Namun, jika perlu, kami akan membantu untuk selesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

        Lengkap
        Lot.my menawarkan sistem e-dagang lengkap yang merangkumi fungsi-fungsi utama perniagaan seperti:
        • Sistem Katalog
        • Sistem Pemasaran
        • Sistem Inventori
        • Sistem Bayaran
        • Sistem Dokumentasi
        • Sistem Perhubungan Pelanggan
        Analisa
        Lot.my membolehkan usahawan untuk membuat analisa dengan melihat pelbagai statistik, seperti kehadiran harian pelawat, populariti produk, dan rekod jualan.

         
        Lot.my memudahkan para usahawan untuk membina perniagaan secara efektif dan efisyen dengan sistem yang pengurusan jualan yang teratur. 

        Maklumat lanjut / manual mengenai lot.my, klik di sini.





        Korang bolehlah melawat beberapa contoh kedai online di sini.

        Disamping itu, untuk meraikan ulangtahun yang pertama, lot.my telah mengadakan satu peraduan yang sangat menarik untuk blogger iaitu Peraduan iPad 4 Blogger lot.my yang berlangsung dari 1-Mac-2011 hingga 31-Mei- 2011.


        Pelbagai hadiah menarik disediakan. Hadiah utama merupakan sebuah Apple iPad 16GB



        Syarat-syarat penyertaan juga sungguh mudah. Untuk keterangan lanjut korang boleh rujuk di laman peraduan di sini. Apalagi, jomlah join peraduan ini...




        Like sueviva
        Saturday, April 2, 2011
        Buat korang yang belum menghantar borang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2010 silalah lakukan dengan segera kerana tarikh tutupnya pada 30-April-2011. Lebih mudah sekiranya menggunakan aplikasi e-filing di http://www.hasil.gov.my. 

        Surat yg saya terima dari LHDN. Cepatnya!

        Saya dan beberapa rakan telah mengisi borang ini menggunakan e-filing pada 7-Mar-2011. Sangat mudah dan efektif. Dalam masa tidak sampai 3 minggu  lebihan bayaran telah dikembalikan. Sama seperti tahun lepas. Terima kasih LHDN.
        Salah seorg rakan yg telah dapat refund
















        Apa lagi..., sila lah lakukan sekarang....http://www.hasil.gov.my/


        Like sueviva
         
        Bahan-bahannya :
        • 450gm mentega
        • 10 biji telur
        • Suku cawan gula kastor
        • 1 1/2 cawan tepung gandum
        • Suku cawan susu pekat manis
        • 300gm horlick
        • 400gm coklat cincang (alternative : 2 kotak coklat cadbury - 70 biji)
        • Pewarna kuning



        Cara-caranya :
        • Putar mentega dengan gula kastor sehingga kembang
        • Masukkan telur satu persatu dan putar lagi
        • Masukkan susu pekat manis dan horlick kemudian putar sehingga sebati
        • Masukkan tepung dan putar sebentar sehingga semua adunan sebati
        • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan warna kuning
        • Panaskan oven dengan suhu 180C
        • Sapukan loyang dengan mentega serta lapikkan dengan kertas lapik
        • Masukkan beberapa senduk adunan yang tidak diwarnakan, ratakan dan bakar selama lebih kurang 10 minit dengan menggunakan kepanasan atas dan bawah.
        • Setelah masak kekuningan, keluarkan loyang tadi, taburkan coklat yang telah dicincang (ataupun susun coklat cadbury) kemudian dilapiskan dengan aduanan berwarna kuning.  Bakar semula selama 8-10minit dengan menggunakan kepanasan atas sahaja. 
        • Ulang sehingga semua adunan habis.

























        Selamat mencuba!

        Like sueviva

        My Homemade Chocolate

        Followers

        My Iklan

        iklan percuma di sini