Sunday, March 27, 2011
Inilah kedai kesukaaan saya, LMC - Bakery World. Hee...bukannya nak promote pun tapi saya dan kawan-kawan memang suka menghabiskan masa kat sini...lebih-lebih lagi bila ada Fish Vin dan assistant nya yang sangat peramah tu :) Kedai ni letaknya di Bandar Baru Rawang. 
Macam-macam bakery stuff boleh beli di sini, semua ada di sini. Kalau nak resepi pun boleh minta kat kedai ni. Kursus-kursus bakery juga selalu dijalankan di sini.
Kalau korang bosan, tak tau nak buat apa datanglah sini. Shopping-shopping bakery stuff. Kalau tak tau nak beli apa atau tak suka buat kek saya cadangkan je beli instant kentang putar ker...sedap sungguh, ataupun beli je instant dadih. Terdapat juga berbagai jenis tepung muffin mix yang mudah untuk di buat untuk korang yang baru nak belajar buat muffin.
 Aduyai...saya baru je menghabiskan berpuluh-puluh RM RM RM kat kedai ni...sukalah kedai ni!


Like sueviva
Sunday, March 20, 2011

Temanya Tales of Arabian Night - itu lah Appreciation Nite yang berlansung di InterContinental Hotel & Resort pada 18 Mar lepas. Sesungguhnya tema ini mendapat sambutan. Rasa macam di dunia arab pulak...
Dengan dinner dan entertainment yang menghiburkan serta lucky draw yang banyak, matapun kurang jadi mengantuk......

Pak Arab
Siapakah gerangan si manis ini?


Internal Artist

Artis yang SUBERB!

Pengacara sensasi

  












Salah seorang pemenang lucky draw














Thank you boss....!


Like sueviva
Thursday, March 17, 2011


Hari ni saya berkesempatan untuk menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa di TGV Kepong. Filem ni memang lain dari yang lain. Kredit harus diberikan kepada KRU studios. 

Saya sangat kagum dengan set penggambaran, costum dan kesanCGI nya. Tahniah Yusri Abdul Halim. Para pelakonnya pun cukup hebat terutamanya Khir Rahman yang saya rasa sungguh menonjol dengan wataknya sebagai Kamawas seorang yang membawa watak antagonis.

Cuma warna filem ini rasanya agak kurang terang tetapi tetap mantap.



Selain daripada itu, barulah saya tahu keturunan Sultan Muzaffar Syah. Selama ini memang saya biasa dengan nama Merong Mahawangsa tetapi tidak tahu jalan ceritanya. Sekurang-kurangnya, dengan menonton filem ini dapatlah kita menghargai sejarah negara kita.

Kepada yang belum menonton filem, sokonglah filem tempatan kita. Korang mesti tak kecewa bila menonton filem ini.


Like sueviva
Sunday, March 13, 2011

Like sueviva



Sumber : http://srikandi7.blogspot.com
Hari ni tiba-tiba lak rasa nak makan Nasi Ayam Penyet. Lama juga tak rasa ni maklumlah saya tengah mengurangkan pengambilan nasi...Dah jadi macam trend pulak sekarang ni, mana aje kita pergi mesti jumpa restoran Ayam Penyet ni kan. Cuma yang menariknya tempat yang saya pergi ni (lokasinya di bandar Rawang) menunya dah siap dengan dengan set.


Setnya termasuklah Nasi, Ayam Penyet, Sup Kosong serta minuman. Harganya berpatutan, cuma RM10.00. Yang paling special adalah sambalnya. Memang sodap tapi fuhh..pedas! Sungguh menyelerakan. Selamat menjamu mata.
Friday, March 11, 2011
11-Mar-2011. Hari ni Jepun digegarkan dengan gempa bumi berskala 8.9 ritcher. Ini merupakan malapetaka terburuk yang melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit. Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami setinggi 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran kawasan industri.  Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Semoga semua rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan (termasuklah bos saya). Kita doakan mereka....

 

Sunday, March 6, 2011


Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk menyediakan Kek Marble Cheese Brownies.


Bahan-bahannya :
250gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya :
Mula-mula cairkan butter. Kemudian masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati
Pukul gula dan telur hingga gula hancur. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter dan serbuk koko tadi. Kacau hingga sebati
Masukkan pula susu cari dan kacau
Kemudian masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati
Akhir sekali masukkan esen vanila....


Mudah kan....sekarang kita tuangkan adunan tadi dalam loyang dan dibakar selama 40minit.  Opp...sebelum tu simpan sedikit adunan (lebih kurang 2 sudu besar) dan masukkan dalam piping bag.
Sementara menunggu adunan tadi masak, bolehlah kita sediakan lapisan cheese nya pula.















Bahan-bahannya :
250gm cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur gred A


Cara-caranya :
Pukul cream cheese hingga gebu
Masukkan gula dan pukul hingga rata
Akhir sekali masukkan telur dan pukul hingga sebati
Apabila brownies sudah masak dan sejuk, tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies yang disimpan dalam piping bag ke atas lapisan cheese dan lorekkan mengikut citarasa.

Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 15 minit atau hingga masak.





Like sueviva

My Homemade Chocolate

Followers

My Iklan

iklan percuma di sini