Sunday, February 20, 2011
Pengenalan
Ia adalah ilham YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam pembentangan Bajet 2011 bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat melalui Latihan 1 Malaysia.


Objektif Program
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat setempat
  • Membantu masyarakat setempat dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Mengurangkan masalah sosial belia
  • Memenuhi ciri-ciri konsep Nilai Murni 1 Malaysia melalui pendidikan dan kemahiran
  • Memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan

Syarat Kelayakan
  • Warganegara MALAYSIA
  • Boleh membaca dan menulis
  • (Pesara kerajaan/Warga Emas/Belia/Lulusan Universiti/Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon

Perlaksanaan
  • Kursus dijalankan pada selepas waktu pejabat (hari bekerja) dan hujung minggu:
  • Masa 6.00 petang hingga 10.00 malam (hari bekerja)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (hujung minggu)

Bayaran
  • Program Kemahiran Bahasa - RM10.00 / Kursus (Pakej)
  • Program Kemahiran Lain - RM 1.00 sejam (Bayaran Dicaj Mengikut Jam Kursus)
 Berikut adalah Jadual Program Latihan 1Malaysia Kolej Komuniti Selayang untuk bulan Mar dan Apr 2011
Sumber :
http://www.jpkk.edu.my
http://www.kkselayang.edu.my

0 comments:

My Homemade Chocolate

Followers

My Iklan

iklan percuma di sini