Monday, April 25, 2011
Akhirnya saya dan beberapa rakan terpengaruh jua dengan ajakan seorang teman sekerja untuk bercuti di kampung nya yang betul-betul terletak di persisiran pantai Pengkalan Balak. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam dan ketika tiba di sana (lebih kurang pukul 12 tengahari) suasananya sungguh nyaman dan indah sekali. Sangat berbeza ketika saya berkunjung 15 tahun yang lepas. Uniknya, ia merupakan sebuah kampung yang kemudian dibangunkan untuk perlancongan tetapi masih mengekalkan keindahan kampung yang aman damai dan permai.

Kami menikmati pemandang laut sambil menikmati makan tengahari di Gerai MPAG No 7 (Sri Langai) yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis dan mengadap laut. Gerai ini milik keluarga rakan yang mempelawa kami ke sini. Diantara menunya adalah masak asam pedas yang sememangnya terkenal di Melaka. Pedas tapi memang sedap. Sememangnya sepanjang 2 hari kami di sini, kami akan menjamu selera di sini.
Sempat juga menyambut birthday anak kembar Fazly dan Ayu.
Di sini kami menginap di Perahu Layar Beach Resort yang terletak di dalam Kompleks Perahu Layar Hang Jebat. Bilik penginapannya memang selesa dengan harga yang berpatutan (maaf-saya terlupa mengambil gambar bilik). Dari balkoni yang mengadap laut kita dapat melihat banyak perahu layar yang sungguh comel.
Pada sebelah petang kami lepak-lepak di gerai sambil memerhatikan kanak-kanak mandi-manda. Lautnya yang cukup tenang tanpa ombak menjadikan ia cukup sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.

Saya juga sempat melihat seseorang sedang mencari umpun-umpun untuk dijadikan umpan pada kaki pancing.
Pada sebelah malam kami menjamu selera di gerai yang sama. Antara menunya adalah ikan bakar, satay, otak-otak, dan macam-macam lagi.
Esoknya, kami bersarapan, masih di gerai yang sama. Antara menunya ialah Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Canai, Lontong dan berbagai lagi. Tapi yang bestnya ialah Meehoon Soto dan Lempeng.
Sambil bersarapan, kanak-kanak pula meneruskan minat mereka untuk mandi-manda di harapan gerai.
Selain itu terdapat banyak chalet persendirian di sepanjang pantai yang menawarkan bilik pada harga berpatutan.
Kami meninggalkan Pengkalan Balak dengan pelbagai keindahan yang menarik. Terima kasih kepada Fazly dan Ayu serta keluarga yang melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana. Kepada yang belum mengunjungi pantai ini, apa lagi....rancanglah percutian anda, pasti berpuashati!
Kami menikmati pemandang laut sambil menikmati makan tengahari di Gerai MPAG No 7 (Sri Langai) yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis dan mengadap laut. Gerai ini milik keluarga rakan yang mempelawa kami ke sini. Diantara menunya adalah masak asam pedas yang sememangnya terkenal di Melaka. Pedas tapi memang sedap. Sememangnya sepanjang 2 hari kami di sini, kami akan menjamu selera di sini.
Sempat juga menyambut birthday anak kembar Fazly dan Ayu.
| Happy Birthday Hazeem dan Hakeem |
Di sini kami menginap di Perahu Layar Beach Resort yang terletak di dalam Kompleks Perahu Layar Hang Jebat. Bilik penginapannya memang selesa dengan harga yang berpatutan (maaf-saya terlupa mengambil gambar bilik). Dari balkoni yang mengadap laut kita dapat melihat banyak perahu layar yang sungguh comel.
| Tempat penginapan kami |
| Pemandangan dari balkoni bilik penginapan |
| Organizer dan isteri (Fazly & Ayu) |
| Organizer dan ibu (tauke kedai Gerai MPAG No.7 |
Saya juga sempat melihat seseorang sedang mencari umpun-umpun untuk dijadikan umpan pada kaki pancing.
Pada sebelah malam kami menjamu selera di gerai yang sama. Antara menunya adalah ikan bakar, satay, otak-otak, dan macam-macam lagi.
Esoknya, kami bersarapan, masih di gerai yang sama. Antara menunya ialah Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Canai, Lontong dan berbagai lagi. Tapi yang bestnya ialah Meehoon Soto dan Lempeng.
| Pemandangan gerai dari tepi pantai |
| Singgahlah di gerai ni |
Sambil bersarapan, kanak-kanak pula meneruskan minat mereka untuk mandi-manda di harapan gerai.
Selain itu terdapat banyak chalet persendirian di sepanjang pantai yang menawarkan bilik pada harga berpatutan.
Kami meninggalkan Pengkalan Balak dengan pelbagai keindahan yang menarik. Terima kasih kepada Fazly dan Ayu serta keluarga yang melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana. Kepada yang belum mengunjungi pantai ini, apa lagi....rancanglah percutian anda, pasti berpuashati!
Like sueviva
Saturday, April 23, 2011
Saya suka buat kek tapi kurang suka makan kek. Kali ni saya nak kongsi resepi kek coklat kukus lak...
Bahan-bahannya :
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan marjerin
1 cawan gula pasir
1 cawan susu segar
1 cawan susu pekat
Panaskan semua bahan-bahan ni menggunakan api kecil sehingga gula larut dan biarkan sejuk sedikit
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil soda bikarbonat
(Semua bahan ni diayak) - sekiranya gunakan tepung naik sendiri tak perlu letakkan serbuk penaik dan soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-caranya :
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan semua bahan A dan pukul lagi hingga sebati
Akhir sekali masukkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Gaul dan pukul sebentar hingga sebati
Masukkan dalam bekas dan kukuslah selama 45 minit.
Sangat mudah dan simple kan...tapi sedap. Ada yang suka letak topping atas kek coklat ni.
Bahan-bahannya :
Satu cawan susu pekat
100gm butter
2 sudu besar serbuk koko
Panaskan semua bahan ini diatas api. Apabila semua sudah sebati tuangkan diatas kek coklat yang telah disejukkan.
Selamat mencuba!
Like sueviva
Tuesday, April 19, 2011
Kali ni saya nak berkongsi resepi sup cendawan pula. Memang sedap dan sama rasanya dengan yang kita beli kat kedai tu....
Bahan-bahannya :
- 1 biji bawang besar
- 100gm mentega
- 1 tin cendawan butang (boleh juga gunakan cendawan butang segar)
- 200gm isi ayam
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk lada hitam / lada sulah (atau mengikut rasa)
- 2 liter air rebusan ayam (kalau tak ada air rebusan ayam boleh larutkan 1 biji kiub pati ayam)
- 1 cawan susu segar
- Garam secukup rasa
Cara-caranya :
- Bawang besar, cendawan butang dan isi ayam dicincang halus
- Panaskan periuk. Tumiskan bawang, cendawan dan isi ayam menggunakan mentega
- Masukkan lada hitam / lada sulah
- Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati dengan bahan-bahan tumisan yang lain
- Masukkan air rebusan ayam tadi
- Masukkan garam dan renihkan hingga mendapat kepekatan yang anda inginkan
- Akhir sekali masukkan susu segar dan renihkan sebentar.
Sekarang bolehlah anda hidangkan sup dengan roti garlic. Lazatnya....
(sup cendawan ni juga sesuai dijadikan sos pasta cabonara)
Selamat mencuba...!
Like sueviva
Sunday, April 17, 2011
Ayam panggang ni sangat enak dan mudah untuk disediakan.
Bahan-bahannya :
- 1/2 ekor ayam (boleh dipotong-potong sekiranya suka)
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Satu sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
- 100gm butter (dipotong dadu)
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil daun Tyme dan Rosemarry (kalau tak de pun takpe)
- 3 biji ubi kentang
- 2 biji carot
- 1 paket kacang peas (optional)
- Garam
- Kisar bawang besar dan bawang putih. Campurkan dengan lada hitam, daun tyme, rosemary, butter, garam, butter dan minyak. Gaul hingga sebati.
- Masukkan ayam, kentang, carot dan kacang peas. Perapkan selama 10 minit.
- Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 230-250 darjah celcius (bergantung kepada oven anda)
- Selepas 30 minit masukkan , kentang, carot dan kacang peas serta lebihan bahan perapan.
- Bakar semula selama 30 minit atau sehingga masak dan kekuningan
Like sueviva
Hari ni jom kita buat Puding Caramel. Sungguh mudah dan simple.
Bahan-bahannya :
- 15 biji telur
- 1 tin susu pekat manis
- 1 1/2 tin air (gunakan tin susu)
- 1 sudu esen vanilla
- 10 sudu besar gula pasir (untuk dibuat gula hangus)
Cara-caranya :
- Pukul telur hingga kembang dan berwarna putih
- Masukkan esen vanilla, susu dan air
- Pukul lagi hingga sebati
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah diletakkan gula perang tadi.
- Kukus selama 40 minit.
- Bila sudah sejuk terbalikkan loyang.
Dah siap...mudah kan!
Like sueviva
Subscribe to:
Posts (Atom)



